Shopping!! Haha.. antara hobi sy. Bila nak post pasal shopping ni,teringat masa sy duduk asrama dulu. time ouitng kiteorang ary sabtu kalau xsilap la kn.. Geng2 kiteorang la yang terlebih excited sgt nak kuar.. konon nye nak shopping la.. haha bajet mcm ade mall je at Batu Kurau tu. time nak outing tu sllu nye kiteorang berenam la(sy,amalina,shahida,maisarah,fatrin n adik dayah).KIteorang sllu sama2.. Haa!! Nak tau ape yg kiteorang beli ?? antara barang yg sllu beli barang keperluan harian (sabun,ubat gigi n lain2 lagi la) tp satu benda je yg kiteorang xley lupe MAKANAN.. Ni benda yg wajib kiteorag beli bila kua.. kalau terlupa alamak kelaparan la kiteorang at asrama tu. Eh .. lari dari topik pulak.. rindu kwn2 punye pasal.. Niatnye nak kongsi dgn korang semua,pandangan sy mengenai "shopping". Bagi sy,shopping ni dapat relaks kan minda yg tgah stress dgn kehidupan harian.Sebagai seorang pelajar,kita akan guna masa lapang kita untuk membuat sesuatu yg boleh merehatkan minda kita..antaranya shopping.Ia dpt mengurangkan tekanan n bagus untuk kesihatan..nak tahu sebab ape?? masa kita shopping tu kan kita bjalan.. umpama kita berjogging lah kan.Tapi ingat la cube berjimat ye!! teringat pulak at kg sy..
ni la suasana at pekan batu kurau.. sgt sibuk..tp terbaik la batu kurau..bia sy cerita serba sedikit sejarah dia.
Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau. Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi.
No comments:
Post a Comment