Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan
mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka
terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang
sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang
mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di
dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam
aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta
mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama
keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar
sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga
tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.
Antara
kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan
anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga
boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara
berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak
langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi
keluarga daripada runtuh.
Selain itu,semasa percutian
keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada
tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu
bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama
anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh
menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Percutian
keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan
ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih
memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti
berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana
yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak
serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai
keadaan keluarga mereka.
Kesimpulannya, setiap keluarga
haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian
sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini
secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta
bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara
terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah
bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan
keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu
institusi kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment