Tuesday, 29 April 2014

Keluarga

 Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.


Monday, 28 April 2014

Facebook

Facebook adalah satu kemudahan sosial yang menghubungkan insan dengan rakan serta orang lain yang bekerja, belajar dan tinggal di sekeliling mereka. Semua orang menggunakan Facebook untuk mengikuti perkembangan keluarga dan sahabat handai..Termasuklah sy.. ni pon antara perkara yang sy buat bila ada waktu lapang.




Haha.. ni la rupa fb sy.. kepada yg nak tambah kawan.. jgn lupe add sy ye..

SHOPPING

Shopping!! Haha.. antara hobi sy. Bila nak post pasal shopping ni,teringat masa sy duduk asrama dulu. time ouitng kiteorang ary sabtu kalau xsilap la kn.. Geng2 kiteorang la yang terlebih excited sgt nak kuar.. konon nye nak shopping la.. haha bajet mcm ade mall je at Batu Kurau tu. time nak outing tu sllu nye kiteorang berenam la(sy,amalina,shahida,maisarah,fatrin n adik dayah).KIteorang sllu sama2.. Haa!! Nak tau ape yg kiteorang beli ?? antara barang yg sllu beli barang keperluan harian (sabun,ubat gigi n lain2 lagi la) tp satu benda je yg kiteorang xley lupe MAKANAN.. Ni benda yg wajib kiteorag beli bila kua.. kalau terlupa alamak kelaparan la kiteorang at asrama tu. Eh .. lari dari topik pulak.. rindu kwn2 punye pasal.. Niatnye nak kongsi dgn korang semua,pandangan sy mengenai "shopping". Bagi sy,shopping ni dapat relaks kan minda yg tgah stress dgn kehidupan harian.Sebagai seorang pelajar,kita akan guna masa lapang kita untuk membuat sesuatu yg boleh merehatkan minda kita..antaranya shopping.Ia dpt mengurangkan tekanan n bagus untuk kesihatan..nak tahu sebab ape?? masa kita shopping tu kan kita bjalan.. umpama kita berjogging lah kan.Tapi ingat la cube berjimat ye!! teringat  pulak at kg sy..




ni la suasana at pekan batu kurau.. sgt sibuk..tp terbaik la batu kurau..bia sy cerita serba sedikit sejarah dia.

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau. Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. 

Saturday, 26 April 2014

Kebaikan Menonton Televisyen

Di sini aq ingin kongsi kan sedikit maklumat at korang berkaitan "Kebaikan Menonton Televisyen" sebabnya aq suka menonton televisyen n itu antara hobi aq.


Menonton televisyen mempunyai banyak faedah.Melalui televisyen kita tidaklah digelar sebagai katak di bawah tempurung kerana kita dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dengan hanya duduk di depan kaca televisyen sahaja. 

Pelajar-pelajar yang sering menonton rancangan pendidikan memperoleh manfaat juga. Terdapat pelbagai jenis rancangan pendidikan yang bercorak Sains, Matematik, bahasa, moral dan lain-lain lagi. Para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan rancangan tersebut. 

Menonton televisyen dengan ahli keluarga akan merapatkan hubungan kekeluargaan kita. Dengan adanya keluarga yang bahagia, maka terbentuklah masyarakat penyayang. Kita akan hidup mesra kerana adanya kasih sayang antara keluarga. 

Setelah sahari suntuk bekerja, kita boleh melepaskan lelah dengan menonton televisyen. Rancangan siri komedi dapat menghiburkan kita. Kita dapat melapangkan fikiran setelah menonton rancangan tersebut. 

Memang tidak dapat dinafikan, menonton televisyen mendatangkan faedah.Walau bagaimanapun, kita haruslah bijak memilih rancangan yang baik dan sesuai untuk kita.


Kepada pelajar:
ingin saya ingatkan jangan leka menonton televisyen  sehingga terlupa menjalankan tanggungjawab anda menuntut ilmu.

Hang Out with My BFF


dulu masa sy balik kg sllu hang out dgn kawan baik sy.. dia la yg sllu bawa sy pegi jejalan(peneman setia aq)..sllunye kiteorang lepak at TS je.. korang tau x TS tu ape??Haaa TS tu singkatan dari Taiping Sentral.. kat situ mcm2 ada.. sy sllu tgok wayang dgn bff .. tu antara hobi sy kalau  bosan sgt..Best sgt tgok movie nie..sy ni pantang je jumpe tv,sume cerita sy tgok.. ckp je cerita ape..sume sy boleh ceritakan balik at korang..Berbeza dgn kawan sy ni.. die xminat..penah skali tu sy tgah syok tgok movie,sje toleh la nak tgok kwn sy tu..korang nak tau die buat ape?? die buat tahi mata dalam wayang..patut la senyap je..



haa.. ni la kwn sy ceritakan tu.. comel x???
nama die nur amalina binti najmi..kiteorang kenal dah lama.. dari form 1 lg.. dok asrama sama,pegi kelas pon sama2.sweet kan.. die la rajin bawa sy pegi jalan2.. Tapi skrg dah x.. die sambung blaja at melaka. jauh terpisah.. jarang2 boleh jumpe.. dgar cter skrg dah nak kwin.. sdiynye.. xde la kwn yg boleh bwa sy jalan2 lg.. Pape pon tahniah kwn..Harap ang xlupe aq bila dah berkeluarga nanti k..

 ni la tmpat aq slalu pg ngan BFF aq...

 

Tuesday, 15 April 2014

Membaca itu minat saya...

Kebanyakan masa sya dihabskn dengan membaca...saya sngat suka membaca novel..Antara novel yg saya baca ialah seperti dibawah..:

Sinopsis:


“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!
“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.
“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!
“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.
Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.
“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Sediy sngat baca nvel nie...mengalir air mata...korang nk taw best ke x????
try la bca.....huhuhuhu...